Tuesday 18 February 2014

Najib tidak contohi sikap Tun Razak berjimat wang rakyat. Hanya tahu boros belanja mewah dengan kroni Tan Sri Lodin Wok



Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar berkata pemimpin dahulu tidak suka bermewah dan tidak suka membazir seperti Tun Razak dan Tun Ghafar Baba.

Katanya, ia tidak sama dengan pemimpin sekarang yang suka membazirkan wang rakyat.

Katanya lagi, sambil mengimbas kembali kisah beliau di alam persekolahan, apabila beliau dan adik-beradik lelaki lain terpaksa mengayuh basikal setiap hari untuk ke sekolah walaupun bapanya menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka ketika itu.

“Masa ayah saya jadi Ketua Menteri, kami adik-beradik lelaki pergi ke Sekolah Tinggi Melaka dengan berbasikal setiap hari. Adik perempuan naik teksi walaupun ada kereta dan pemandu.

“Mak saya tanya ayah, mengapa tak pakai pemandu? Mengapa susahkan budak pergi sekolah naik teksi, naik basikal.







“Jawab ayah saya, itu kereta kerajaan dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Hanya untuk kegunaan urusan kerajaan,” katanya ketika berucap di satu majlis di Dataran Prima Saujana, Kajang baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Batu Berendam mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mencontohi penjimatan ayahnya, Tun Razak yang enggan membina kolam renang di kediaman rasminya kerana ia melibatkan duit rakyat.

Sebaliknya amalan suka membazir Najib tidak sama dengan amalan Tun Razak dan ibunya, Tun Rahah.

Katanya, Najib bukan sahaja tidak perihatin dengan rakyat yang sedang mengadapi masalah kenaikan kos barang malah turut bercuti di luar negara ketika rakyat sibuk menghadapi bencana banjir.

“Ketika rakyat tengah susah, harga barang naik tetapi Najib dan Rosmah tidak prihatin. Mereka pergi bercuti guna jet kerajaan ke Australia dan Amerika, tetapi Tun Razak ketika perjalanan terakhir ke London untuk berubat tidak benarkan Tun Rahah ikut kerana tidak ada jumbo jet, kena beli tiket kapal terbang,” katanya lagi.

Tamrin yang juga bekas Pengerusi MARA menambah Tun Rahah tidak pergi akhirnya kerana ingin jimat dan tidak mahu guna dana kerajaan.





“Tetapi, hari ini saya ingat kerajaan berhutang tinggi sejak Najib jadi Perdana Menteri. Ini disahkan Tun Dr Mahathir.

Tiga kapal terbang dan dua helikopter dibeli membabitkan kos penyelenggaraan RM14 juta untuk minyak dan RM174 juta untuk penyelenggaraan setahun. Sejak Najib jadi Perdana Menteri tidak pernah beliau menggunakan kapal terbang MAS,” katanya lagi.

FMT

No comments:

Post a Comment